Friday, October 23, 2009

Jangan, jangan, jangan....

Jangan sengaja lewatkan solat.. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Thursday, October 8, 2009

DaH NaK BeRsAwAnG...





heheheheh dah lama tak update blog nih.

bz semedang.
lepas raya sibuk rumah terbuka serta kenduri kendara..

2 minggu lagi nak final exam..

3 minggu lagi nak cuti panjang..

macam-macam feeling yang ada nih..

saje post entri ni takut nanti bersawang,,

ekekekekke

Wednesday, September 16, 2009

SeLaMaT HaRi RaYa!!!


dah tak lame lagi.. beberapa hari je lagi..

umat islam akan menyambut hari kemenangan.

menyambut hari raya aidilfitri.

macam tahun2 lepas..

semoga raya tahun ni akan lebih bermakna,

lebih ceria,, lebih seronok.. dan lebih segalanyanlah..

jangan terlebih belanja sudah,,, ekekekek..


Sunday, August 30, 2009

SeTaHuN BeRLaLu

alhamdulillah... setahun berlalu..
hari ni dah 9 hari umat islam mengerjakan ibadah puasa.
pejam celik pejam celik dah setahun...
sekejap saja masa berlalu..
macam baru je semalam berpuasa...
x sabar nak menunggu kedatangan hari raya..
macam-macam perkara yang dirancang...
dengan harapan ia menjadi satu kenyataan...
pelbagai dugaan dan cabaran di hadapi...
semoga dengan kehadiran ramadhan dan kemunculan
syawal yang mulia nanti bakal memberi satu sinar baru
dalam hidup kita semua,,
wakakakka...

Tuesday, August 25, 2009

DuGaAn...

fuh.....
puasa ni...
dugaan...
dugaan puasa..
dugaan kerja..
dugaan manusia...
penat nyerr.....

Tuesday, August 18, 2009

MenYaMpAh!!!

aku geram betul kat orang nih.. sakit hati je...
dengar sore pun sakit hati..
tu belum tgk org ye... mmg geram lahhhhh
menyampah sgtt.. macam aku terhegeh2.
malu aku ngan akak tu...
kejap2 taye dia..
hishhhhhh
geram geram gerammmmmmm....
black list la kedai tuh!!!!
sengal!!!!
eeiiiiiiiiiiiiiiii
arggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...


Ps: saje release tension! jgn tanya arrr...

Wednesday, August 12, 2009

SoGo!!!!!











P/s : k.gie thn depan trip lagi hebat kan? k.mona.. bila lagi nak p? heheheheh
http://adiwidget.com/images/frame/cute_03.png